Saturday, February 28, 2009

Tribute...

Nama: Unser a/k Toyota
Kelas: 3 Cerdik
Tajuk: Aku sebuah kereta (autobiografi)

Aku sebuah Unser. Aku dilahirkan di kilang Tokyo di Jepun. Pihak pengurusan di sana bercadang untuk mengimport ku ke Malaysia. Pada mulanye aku berasa janggal dengan keadaan di sana tapi biasalah alah bisa, tegal biasa.

Pada suatu hari, aku dipandu keluar dari singgahsana ku. Rupa-rupanya aku dibeli oleh tuan baru ku, seorang arkitek. Aku didaftarkan dan diberi no. plat WHX 5525.

Bermulalah kehidupan ku bersama tuan baru. Beliau tinggal di sebuah kawasan perumahan di Selayang bersama dengan isteri dan 6 orang anaknye.

Kisah suka dan duka bersama keluarga ini membuatkan hati aku tidak sunyi. Sudah banyak tempat aku lawati dari Perlis hingga ke Johor. Pengembaraan ke Terengganu, ke kawasan pedalaman ke rimba kota. Hampir semua tempat pernah ku pergi.

Pada suatu hari, tuan aku menghidupkan enjin aku untuk membawa anaknya ke klinik berdekatan. Seperti biasa, tuan aku akan menghidupkan aku selama 2-3 minit sebelum bergerak. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi dentuman dari sebarang jalan. Ade kereta sga terbabas melanggar rumah jiran tuan aku. Tanpa mengesyaki apa-apa, aku buat tidak tahu sahaja.

Aku nampak lima orang lelaki keluar dari kereta itu. Kelihatan mereka seperti cemas. Kelima-lima lelaki itu menuju ke arah ku,mungkin ingin meminta pertolongan dari tuan aku. Tapi ternyata tekaan ku silap. Tanpa diduga salah seorang dari mereka mengeluarkan parang dan mengacukannya ke leher tuan aku, mereka mengarah tuan aku untuk memberi semua benda yang beliau ada. Selepas itu, mereka menyuruh tuan aku dan anaknya keluar dari badan aku. Aku terpinga-pinga dan sebagai sebuah kereta, memang aku tidak boleh buat apa-apa. Dan sampai di situ sahaja hubungan aku dengan tuan aku sejak tuan aku membeli ku pada tahun 2002. Segala memori bersama mereka tidak akan aku lupakan.

Pada waktu sekarang, aku tidak tahu aku berada di mana.



-gambar aku-




p/s: Sorry..kalau tatabahasa tunggang langgang sebab saya kan budak baru belajar =P

p/s 2: Rase klaka lak wat tribute kat kereta,,tapi kereta ni memang da byk berjasa kat family aku.

7 comments:

Muniey said...

uit... kete ko kne curik yeh??

Imran said...

aah

Atika Na said...

sama nasib dgn aku. cuma kete aku kena pecah jer. tabah jer la. huhu

Afe Oth said...

erh.tragis.

Imran said...

tq kawan2

Anonymous said...

mnakutkn n kesian

SuE RaY said...

lorgh..

troknyer..
cian kete 2..